Monday, April 4, 2011
Berkampung bersama rakan MASSCOM UITM
Alhamdulillah,kali ini Rebutia Energy Team berpeluang berprogram bersama rakan-rakan daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media,UITM.
Lokasi bertempat di Nur Laman Bestari,Ulu Yam,dan kami sambut mereka pada 1hb April 2011.Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam dan pelbagai aktiviti sudahpun kami rancang.Pengisian program tersebut sememangnya dipenuhi dengan aktiviti lasak sesuai objektif programnya iaitu membentuk kepimpinan dan pembinaan pasukan.Program tersebut diberi tajuk FKPM LEADERSHIP ENHANCEMENT & DEVELOPMENT PROGRAMME.
Kehadiran rakan-rakan dari UITM cukup membuatkan kami bersemangat dan dengan kerjasama daripada fasilitator yang kami jemput dari KPTM KL,dan seorang lagi fasilitator yang merupakan guru di sebuah sekolah agama merancakkan lagi program tersebut.
Program kali ini berkonsepkan 'Outdoor Team Building'.Night Orienteering,River Dynamic Games,Forest Management Game(jungle tracking bermodul),Survivor cook & Malam Gala Rimba serta Paintball menjadi 'makanan' kepada mereka sepanjang berkampung di sana.
Kehadiran 'Mama' iaitu pensyarah mereka pada program itu juga membuatkan suasana menjadi semakin 'happening',setiap ragam daripada rakan-rakan UITM menjadikan suasana program menjadi meriah.Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama kepada kami secara langsung mahupun tidak langsung.
Program kali ini memang santai tetapi pelbagai input yang berguna dapat mereka terima sebagai persediaan menjadi pemimpin di fakulti mereka nanti.Berita menarik yang dapat dikongsikan adalah program yang sama untuk sesi kedua insyaallah akan dilaksanakan pada bulan september ini nanti dengan konsep 'beraya berprogram',pasti ianya cukup unik.
BUDI dan JASA anda amat kami hargai. TOGETHER WITH US,SUCCEED WITH US.
Posted by . at 1:04 AM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
THE LATEST NJEWS!! KEM REMAJA REBUTIA
Jom sertainya..pelbagai input dan aktiviti menarik serta bermanfaat yang tidak akan dilupai..
Kem MAAF 2010.....khas untuk remaja berumur 10 - 19 tahun..bersama-sama merasai pengalaman yg hebat ini.....Program yang pernah dihadiri oleh Imam Muda Azhar..rasai pengalaman seperti Imam Muda Azhar semasa menyertai kem ini dahulu.
malam aspresiasi islam,kembara Hasan Al-Bana(jungle tracking),explorace luqman Al-Hakim,BBQ,berakit,Mencari NUR(nightwalk),survivor cook dan ikhtiar hidup serta bermacam2 lg.
ingat tarikh ini 28 nov - 1 dis 2010
Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam
Anjuran Rebutia Corporation Sdn Bhd
Hubungi 013 3566 551(khairul) atau 014 810 3757 (alip) daftar segera sementara tempat masih ada.
Posted by . at 9:13 AM 0 comments
Tuesday, October 19, 2010
SUMMER CAMP : KEM MAAF SIRI 2
jom
sertai..istimewa sempena cuti sekolah! Summer Camp siri 2 di Nur Laman
Bestari November dan Disember anjuran Rebutia Energy Team..jangan
lepaskan!! menarik- explorace,berakit,kembara rimba,bbq,aspresiasi kesenian islam dan banyak lagi..penyertaan terhad untuk 80 orang sahaja.
p/s : click di gambar untuk paparan yang lebih besar dan untuk download borang penyertaan..
hubungi en.Khairul : 013 3566 551 ,
en.Alif : 014 810 3757,
en.Saifol Adlie : 013 629 2524
en.Rohaizan : 019 768 2271 , 017 382 2006
untuk keterangan lanjut.Terima kasih.
Posted by . at 8:39 PM 0 comments
Wednesday, August 11, 2010
ANAKKU HEBAT : SIRI 2 KECEMERLANGAN DIRI RAMADHAN BERSAMA IMAM MUDA AZHAR
Posted by . at 2:10 AM 0 comments
Friday, January 1, 2010
ALHAMDULILLAH
Dengan nama ALLAH S.W.T.
KAMI DI REBUTIA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM PROGRAM SUMMER CAMP : KEM MAAF 2009
SEHINGGA BERTEMU LAGI DI LAIN WAKTU,INSYAALLAH DI LAIN PROGRAM,
MUNGKIN DI BULAN MAC 2010 INI.
KAMI JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010,MOGA SUKA-SUKA SELALU DAN SEMOGA TAHUN BARU INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEBELUMNYA.
BERSAMA-SAMA BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN YANG GEMILANG DI TAHUN BARU INI. INSYAALAH.
KAMI DI REBUTIA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF JIKA ADA SEBARANG KESILAPAN DAN KEKURANGAN SEPANJANG KAMI BERSAMA ANDA SEMUA SAMADA SEMASA PROGRAM DAN KETIKA BERSAMA DIMANA-MANA SAHAJA.
SEMOGA TUHAN MERAHMATI ANDA SEMUA. TERIMA KASIH.
Posted by . at 4:45 AM 0 comments
Friday, December 11, 2009
gambar-gambar terbaru akan di upload dari masa ke semasa..kami akn cuba menerbitkan info-info terbaru secepat mungkin,insyaallah..harap anda dpt menunggu dgn sabar..tq
Posted by . at 8:24 PM 0 comments