CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 4, 2011

ragam MASSCOMM UITM 2011






Berkampung bersama rakan MASSCOM UITM

Alhamdulillah,kali ini Rebutia Energy Team berpeluang berprogram bersama rakan-rakan daripada Fakulti Komunikasi & Pengajian Media,UITM.

Lokasi bertempat di Nur Laman Bestari,Ulu Yam,dan kami sambut mereka pada 1hb April 2011.Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam dan pelbagai aktiviti sudahpun kami rancang.Pengisian program tersebut sememangnya dipenuhi dengan aktiviti lasak sesuai objektif programnya iaitu membentuk kepimpinan dan pembinaan pasukan.Program tersebut diberi tajuk FKPM LEADERSHIP ENHANCEMENT & DEVELOPMENT PROGRAMME.

Kehadiran rakan-rakan dari UITM cukup membuatkan kami bersemangat dan dengan kerjasama daripada fasilitator yang kami jemput dari KPTM KL,dan seorang lagi fasilitator yang merupakan guru di sebuah sekolah agama merancakkan lagi program tersebut.

Program kali ini berkonsepkan 'Outdoor Team Building'.Night Orienteering,River Dynamic Games,Forest Management Game(jungle tracking bermodul),Survivor cook & Malam Gala Rimba serta Paintball menjadi 'makanan' kepada mereka sepanjang berkampung di sana.

Kehadiran 'Mama' iaitu pensyarah mereka pada program itu juga membuatkan suasana menjadi semakin 'happening',setiap ragam daripada rakan-rakan UITM menjadikan suasana program menjadi meriah.Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama kepada kami secara langsung mahupun tidak langsung.

Program kali ini memang santai tetapi pelbagai input yang berguna dapat mereka terima sebagai persediaan menjadi pemimpin di fakulti mereka nanti.Berita menarik yang dapat dikongsikan adalah program yang sama untuk sesi kedua insyaallah akan dilaksanakan pada bulan september ini nanti dengan konsep 'beraya berprogram',pasti ianya cukup unik.

BUDI dan JASA anda amat kami hargai. TOGETHER WITH US,SUCCEED WITH US.